Sunday 27 May 2012

Official Blog Fiexa Collections


Assalamualaikum





Alhamdulillah, akhirnya official blog Fiexa Collections yang dah lama saya tunggu telah pun dibuka. Saya berharap dengan adanya blog ini, bakal-bakal pelanggan saya dapat melihat koleksi-koleksi baju, blouse dan tudung serta barangan lain jualan saya dengan lebih dekat dan jelas lagi. Harapan saya juga agar pelanggan-pelanggan yang jauh dari kawasan saya lebih mudah berurusan dengan saya selepas ini.







Ya, saya Norhafniza Saminan lebih mesra dipanggil Fiza adalah pemilik bagi Fiexa Collections. Saya merupakan ibu kepada dua orang anak lelaki yang tinggal di Seremban bersama-sama ayah dan adik beradik saya. Saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan atas talian atau lebih dikenali dengan Online Business bermula pada Mei 2012 dengan harapan agar perniagaan ini dapat menambahkan lagi pendapatan saya bagi menyara dua orang anak lelaki saya yang masih kecil. Itulah sedikit sebanyak mengenai saya dan penubuhan Fiexa Collections ini.


Nantikan koleksi-koleksi baju, blouse dan tudung saya yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan hubungi email saya di fiexacollections@yahoo.com. Serta jangan lupa untuk Like Page Fiexa Collections di Facebook! 



Sekian..






 

Blog Designed by yanalililala .Copyright