Syarat Pembelian

PASTIKAN ANDA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI SYARAT KAMI SEBELUM MELAKUKAN PESANAN PEMBELIAN.

1. Hanya untuk pembeli yang serius sahaja. (No back out buyers)

2. Harga tidak termasuk kos untuk penghantaran (postage) melainkan telah dinyatakan dan harga tidak boleh dirunding melainkan telah dinyatakan di situ.

3. Tiada pertukaran atau pemulangan semula wang untuk barang yang telah dijual tetapi boleh dirunding sekiranya terdapat kerosakan terhadap barang tersebut.

4. Kami akan membalas email anda dalam masa 24 jam dan maklumat bayaran akan disertakan.

5. Kami menggunakan Maybank2U.

6. Bayaran harus dilakukan dalam masa 24 jam hingga 48 jam setelah menerima email pengesahan daripada kami. Sekiranya anda perlukan lebih masa, Sila beritahu kami.

7. Hantarkan kepada kami Slip Bank sebagai Bukti Pembayaran anda melalui email.
a) Sekiranya anda menggunakan Online Transfer sila copy dan paste bukti pembayaran tersebut.
b) Sekiranya anda menggunakan ATM Transfer atau melalui Kaunter Bank sila ambil gambar atau scan slip bayaran tersebut.

8. Pastikan saiz anda bersesuaian dengan saiz pengukuran yang kami sediakan.

9. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan pada bungkusan yang telah dihantar. (kerosakan bungkusan boleh berlaku semasa proses penghantaran dilakukan oleh pihak POS. Hanya kerosakan pada barang sahaja boleh dirunding seperti butang tidak cukup dan sebagainya.)

10. Warna barangan berkemungkinan terdapat perbezaan sedikit disebabkan oleh pencahayaan kamera dan skrin komputer yang berbeza.


Syarat-syarat ini walau bagaimanapun akan mengikut keadaan dan situasi, anda masih boleh berunding dalam segala urusan kecuali harga barangan. Jangan takut, kami tidak makan orang. Hehe. Sila berurusan dengan kami ikut keselesaan anda. Hubungi kami dan anda bakal dilayan. Chill Girl!


Terima Kasih kerana sudi membaca. =)




No comments:

 

Blog Designed by yanalililala .Copyright